Page 51 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2 2021
P. 51
RMK 11 GUNA TENAGA DASAR
STATISTIK GUNA TENAGA
Konsep & Definisi
Permintaan buruh menunjukkan jumlah buruh yang diperlukan oleh pertubuhan
untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada satu masa tertentu.
Permintaan buruh oleh pertubuhan dikelaskan kepada jawatan diisi dan
kekosongan jawatan. Konsep dan definisi statistik permintaan buruh dalam
penerbitan ini adalah seperti berikut:
Jawatan
Jawatan merujuk kepada jumlah buruh yang diperlukan oleh pertubuhan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada satu masa tertentu, merangkumi
jawatan diisi dan kekosongan.
Jawatan diisi
Pekerja bergaji (sepenuh masa dan sambilan); tidak termasuk pemilik
perseorangan dan rakan niaga, pekerja keluarga tanpa gaji dan pekerja yang
bercuti tanpa gaji.
Kekosongan
Jawatan yang wujud dan tersedia untuk diisi tetapi belum diisi. Majikan secara
aktif cuba mendapatkan calon melalui proses mengiklankan kekosongan,
mengeluarkan notis dan berdaftar dengan agensi pekerjaan serta menjalankan
temuduga untuk memilih calon bagi mengisi kekosongan.
Pewujudan Jawatan
Jawatan yang diwujudkan dalam sesebuah organisasi yang mana jawatan
tersebut belum pernah tersedia sebelum ini, termasuk skim perkhidmatan yang
baru digubal, jawatan yang diwujudkan untuk kenaikan pangkat pekerja sedia
ada dan pertambahan bilangan jawatan daripada struktur sedia ada.
Sumber: Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Pertama 2021,
Jabatan Perangkaan Malaysia

