Page 55 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2 2021
P. 55
DASAR MPGN JTKSM
Pariti Kuasa
Membeli (PPP) Per
Negara Kadar Gaji Minimum
Kapita (USD)
Tahun 2019
Kadar Gaji minimum di Malaysia ditetapkan pada dua
kadar yang berbeza iaitu RM1,200 (USD292.61)
sebulan melibatkan 56 Majlis Bandaraya atau Majlis
Perbandaran manakala bagi kawasan selainnya masih 29,619.70
Malaysia kekal RM1,100 (USD268.22) sebulan. Kadar ini
berkuat kuasa pada 1 Februari 2020.
Tiada gaji minimum di Brunei. Kerajaan menyatakan
bahawa satu kajian yang komprehensif bagi melihat
operasi semasa sektor swasta perlu dilaksanakan
sebelum sebarang perundangan berkaitan gaji
Brunei minimum dipertimbangkan. Pekerja sektor awam 64,847.70
dalam industri minyak telah dibayar dengan gaji yang
setimpal.
Gaji minimum ditentukan mengikut wilayah dan
sektor (pertanian dan bukan pertanian). Komponen
gaji minimum adalah gaji pokok dan elaun sara hidup
(COLA). Mulai 28 April 2018, kadar gaji minimum yang
Filipina tertinggi adalah di bandar utama negara seperti Manila
dengan kadar antara PHP500 hingga PHP537 9,302.40
(USD10.36 hingga USD11.13) sehari mengikut sektor
termasuk COLA. Wilayah autonomi Islam Mindanao
mempunyai gaji minimum terendah iaitu PHP325
(USD6.74) sehari untuk sektor bukan pertanian dan
PHP290 (USD6.01) bagi sektor pertanian.
Kadar gaji minimum di Indonesia ditetapkan mengikut
wilayah. Kadar gaji minimum baharu mula berkuat
kuasa pada 1 Januari 2021. Kadar gaji minimum
tertinggi ditetapkan bagi Jakarta iaitu IDR4.42 juta
Indonesia (USD306.03) sebulan, manakala gaji minimum
terendah ialah bagi Jogjakarta iaitu IDR1.77 juta 12,334.90
(USD122.55) sebulan. Gaji minimum turut ditetapkan
mengikut sektor seperti perlombongan, pembuatan
minuman beralkohol dan otomotif.
Sumber: Statistics Yearbook United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific(ESCAP),
www.wageindicator.org, www.tradingeconomics.com,
Pertukaran wang dikemas kini pada: 1 Mei 2021 (www.oanda.com)

