Page 114 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 4 2019
P. 114
NIOSH PKS OKU
Berdasarkan perspektif sumbangan KDNK PKS mengikut jenis aktiviti ekonomi, semua
sektor mencatatkan peningkatan pada tahun 2018 kecuali sektor Pembinaan. KDNK PKS
diterajui oleh sektor Pertanian dengan sumbangan 52.8 peratus didorong oleh subsektor
Perikanan seperti yang digambarkan oleh Paparan 3. Bagi Pembinaan, KDNK PKS
mencatatkan sumbangan 46.4 peratus daripada 46.6 peratus pada tahun sebelumnya.
KDNK PKS bagi sektor Perkhidmatan berkembang kepada 42.2 peratus daripada 41.7
peratus pada tahun 2017 yang didominasi oleh subsektor Perdagangan borong & runcit,
makanan & minuman dan penginapan. Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan
perniagaan turut menyokong pertumbuhan sektor ini terutamanya dalam perkhidmatan
profesional.
KDNK PKS bagi sektor Pembuatan mencatatkan peningkatan marginal kepada 34.4 peratus
(2017: 34.2%) disebabkan oleh Produk petroleum, kimia, getah dan plastik. Di samping itu,
aktiviti PKS juga disumbangkan oleh Makanan, minuman dan tembakau dan Produk mineral
bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka. Sementara itu, KDNK PKS bagi
sektor Perlombongan & pengkuarian mencatatkan sumbangan 2.4 peratus (2017: 2.3%).
Paparan 3: Sumbangan KDNK PKS kepada KDNK Malaysia bagi 2018 pada Harga
Malar 2015
Sumber: Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia

