Page 113 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 4 2019
P. 113
NIOSH PKS OKU
Aktiviti PKS didominasi oleh sektor Perkhidmatan yang menyumbang 62.4 peratus dan
sektor Pembuatan dengan sumbangan 20.1 peratus seperti yang ditunjukkan oleh
Paparan 2. Sektor Pertanian menyumbang 10.1 peratus kepada KDNK PKS diikuti oleh
sektor Pembinaan yang menyumbang sebanyak 5.9 peratus.
Struktur KDNK PKS adalah hampir menyamai struktur KDNK Malaysia kecuali sektor
Perlombongan & pengkuarian. Bagi KDNK PKS, sektor Perlombongan & pengkuarian
menyumbang 0.5 peratus kepada jumlah KDNK PKS berbanding 7.6 peratus kepada
KDNK Malaysia. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan struktur antara PKS dan KDNK
Malaysia di mana subsektor Perlombongan & pengkuarian lain menerajui PKS, manakala
Minyak mentah & kondensat dan Gas asli merupakan penyumbang utama kepada
ekonomi Malaysia.
Paparan 2: Peratus Sumbangan KDNK Malaysia dan KDNK PKS bagi 2018 pada Harga
Malar 2015
Sumber: Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia

