Page 112 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 4 2019
P. 112
NIOSH PKS OKU
Paparan 1: Perubahan Peratusan Tahunan KDNK PKS mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi
bagi 2016-2018 pada Harga Malar 2015
Nilai ditambah PKS bagi sektor Perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 8.1 peratus
berbanding 7.2 peratus pada tahun 2017 seperti yang ditunjukkan oleh Paparan 1.
Momentum pertumbuhan ini dipacu oleh subsektor Perdagangan borong & runcit,
makanan & minuman dan penginapan yang bertumbuh kepada 8.6 peratus (2017: 7.5%).
Pertumbuhan subsektor Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan
meningkat pada 7.6 peratus (2017: 7.4%). Sementara itu, subsektor Pengangkutan &
penyimpanan dan maklumat & komunikasi yang berkembang kepada 6.9 peratus (2017:
6.8%) juga telah menyokong momentum pertumbuhan tersebut.
Bagi sektor Pembuatan, nilai ditambah PKS meningkat kepada 5.5 peratus (2017: 6.8%)
yang diterajui oleh Produk petroleum, kimia, getah dan plastik dengan pertumbuhan 5.8
peratus (2017: 4.4%). Selain itu, Produk mineral bukan logam, logam asas dan produk
logam yang direka berkembang kepada 6.9 peratus daripada 6.1 peratus pada tahun
sebelumnya, manakala subsektor Makanan, minuman dan tembakau bertumbuh
sederhana kepada 3.6 peratus (2017: 11.0%).
Nilai ditambah PKS bagi sektor Pertanian mencatatkan pertumbuhan marginal 0.3 peratus
setelah mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus pada tahun sebelumnya. Ini disebabkan
oleh prestasi yang perlahan bagi subsektor Getah, kelapa sawit, ternakan & pertanian lain
yang bertumbuh pada 0.5 peratus (2017: 9.0%).
PKS bagi sektor Pembinaan dan Perlombongan & pengkuarian masing-masing bertumbuh
perlahan kepada 4.0 peratus dan 4.3 peratus.
Sumber: Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia

