Page 49 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2/2019
P. 49

RMK 11           GUNA TENAGA                DASAR










                 Konsep & Definisi


                 Dalam ekonomi, permintaan buruh merujuk kepada jumlah guna tenaga
                 yang diperlukan dalam sesebuah ekonomi pada masa tertentu. Di
                 peringkat mikroekonomi, permintaan buruh oleh firma merujuk kepada

                 jumlah jawatan dalam syarikat; dan dengan maklumat kekosongan,
                 pengambilan serta pemberhentian, maklumat pewujudan jawatan
                 dapat dianggar. Konsep dan definisi statistik permintaan buruh dalam
                 penerbitan ini adalah seperti berikut:

                 Jawatan
                 Jawatan merujuk kepada jumlah buruh yang sedia diterima oleh
                 firma pada sesuatu masa. Jawatan ialah hasil tambah jawatan diisi
                 dan kekosongan.



                 Jawatan diisi
                 Jawatan diisi merujuk kepada pekerja bergaji yang bekerja termasuk
                 pekerja sepenuh masa dan pekerja sambilan. Jawatan diisi tidak
                 termasuk pemilik perseorangan dan rakan niaga, pekerja keluarga
                 tanpa gaji dan pekerja yang bercuti tanpa gaji.


                 Kekosongan
                 Kekosongan merujuk kepada jawatan yang wujud dan tersedia untuk

                 diisi tetapi belum diisi. Majikan secara aktif cuba mendapatkan calon
                 melalui proses mengiklankan kekosongan, mengeluarkan notis dan
                 berdaftar dengan agensi pekerjaan serta menjalankan temuduga
                 untuk memilih calon bagi mengisi kekosongan.


                 Pewujudan Jawatan
                 Pewujudan jawatan merujuk kepada jawatan yang diwujudkan dalam
                 sesebuah organisasi yang mana jawatan tersebut belum pernah
                 tersedia sebelum ini, termasuk skim perkhidmatan yang baru digubal,
                 jawatan yang diwujudkan untuk kenaikan pangkat pekerja sedia ada
                 dan pertambahan bilangan jawatan daripada struktur sedia ada.


              Sumber: Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Kempat 2018,
                     Jabatan Perangkaan Malaysia
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54