Page 51 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2/2019
P. 51

GUNA TENAGA                DASAR                 MPGN









            Akta Umur Persaraan Minimum 2012 berkuat kuasa mulai 1 Julai

            2013.


            Umur Persaraan Minimum seseorang pekerja adalah apabila
            mencapai umur 60 tahun.



            Majikan boleh menetapkan umur persaraan yang lebih tinggi
            daripada 60 tahun kepada pekerja masing-masing.



            Pekerja boleh memilih untuk bersara lebih awal iaitu apabila
            mencapai umur persaraan pilihan yang telah dipersetujui bersama
            majikan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.



            Akta ini tidak terpakai kepada:-
                   pekerja Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan
                   berkanun atau pihak berkuasa tempatan;
                   pekerja dalam tempoh percubaan;

                   perantis;
                   bukan warganegara;
                   pekhidmat domestik;
                   pekerja dengan purata waktu bekerjanya tidak melebihi

                   tujuh puluh peratus waktu bekerja biasa seseorang pekerja
                   sepenuh masa;
                   pelajar yang diambil bekerja untuk tempoh pekerjaan
                   sementara;

                   pekerja dalam suatu kontrak perkhidmatan bertempoh tetap
                   tidak melebihi 24 bulan;
                   pekerja dalam suatu kontrak perkhidmatan bertempoh tetap
                   yang melebihi 24 bulan tetapi tidak melebihi 60 bulan

                   dengan gaji pokok sebanyak dua puluh ribu ringgit sebulan
                   dan ke atas; dan
                   pekerja yang telah bersara pada umur 55 tahun sebelum
                   1 Julai 2013 yang bekerja semula.

              Sumber: Cawangan Dasar Sumber Manusia , Bahagian Dasar
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56