Page 54 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2/2019
P. 54

DASAR                 MPGN                  JTKSM








                                                                                      Pariti Kuasa
                                                                                     Membeli (PPP)
           Negara                         Kadar Gaji Minimum                           Per Kapita
                                                                                      (USD) Tahun
                                                                                           2017
                         Kemboja masih belum melaksanakan gaji minimum
                         kebangsaan. Gaji minimum hanya           ditetapkan bagi
                         industri tekstil, pakaian dan kasut. Kadar gaji
                         minimum industri tersebut dibahagikan mengikut
          Kemboja        kategori pekerjaan. Mulai 1 Januari 2019, gaji
                         minimum bagi pekerja dalam tempoh percubaan                      4,010
                         adalah sebanyak KHR703,388 (USD177) sebulan
                         dan pekerja tetap sebanyak KHR723,257 (USD182)
                         sebulan.
                         Perantis    turut  dibayar   gaji  minimum      sebanyak
                         KHR120,000 (USD29.67) sebulan.
                         Gaji minimum kebangsaan bagi pekerja swasta
                         adalah sebanyak 1.1 juta Kip (USD127.33) sebulan                 7,367
                         mulai 1 Mei 2018.


            Laos
                         Gaji minimum kebangsaan yang mula berkuat kuasa
                         pada 1 September 2015. Kadar gaji minimum
                         dinaikkan kepada Kyat 4800 (USD3.09) sehari atau
                         Kyat 600 (USD0.39) sejam mulai 14 Mei 2018. Kadar                6,285
         Myanmar         gaji minimum ini terpakai kepada majikan dengan 10
                         orang pekerja ke atas bagi semua jenis sektor dan
                         industri di Myanmar.
                         Buat masa sekarang, tiada gaji minimum di Singapura
                         dengan gaji ditentukan oleh pasaran terbuka. Pada
                         masa ini, pekerja yang bergaji rendah dibantu melalui
                         Workfare     Income    Supplement      (WIS),   Workfare
         Singapura       Training Scheme (WTS) dan Labor Movement’s
                         Progressive Wage Model (PWM). Mulai 1 Julai 2017,                90,531
                         gaji bagi pekerja pembersihan dan industri makanan
                         meningkat      antara     S$1060      hingga      S$1660
                         (USD777.33 hingga USD1,217.32) mengikut jenis
                         pekerjaan, manakala sektor penyelenggaraan pula
                         meningkat      antara     S$1260      hingga      S$1760
                         (USD923.99 hingga USD1,290.65) sebulan.

        Sumber: Statistics Yearbook United Nations Economic and Social Commission for Asia and the
                 Pacific(ESCAP), www.wgaeindicator.org, www.tradingeconomics.com
        Pertukaran wang dikemas kini pada: 1 Januari 2019 (www.oanda.com)
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59