Page 58 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 4 2019
P. 58

DASAR                 MPGN                  JTKSM









                                                                                      Pariti Kuasa
                                                                                  Membeli (PPP) Per
           Negara                         Kadar Gaji Minimum
                                                                                     Kapita (USD)
                                                                                      Tahun 2018

                         Gaji minimum diseragamkan di seluruh negara iaitu
                         pada kadar RM1,100 sebulan (USD239.31) sebulan
                         berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.                             31,698.4

          Malaysia
                         Tiada gaji minimum di Brunei. Kerajaan menyatakan
                         bahawa satu kajian yang komprehensif bagi melihat
                         operasi semasa sektor swasta perlu dilaksanakan
                         sebelum sebarang perundangan berkaitan gaji minimum            80,777.6
           Brunei        dipertimbangkan. Pekerja sektor awam dalam industri
                         minyak telah dibayar dengan gaji yang setimpal.



                         Gaji minimum ditentukan mengikut wilayah dan
                         sektor (pertanian dan bukan pertanian). Komponen gaji
                         minimum adalah gaji pokok dan elaun sara hidup
                         (COLA). Mulai 22 November 2018, kadar gaji minimum
           Filipina      yang tertinggi adalah di bandar utama negara seperti
                         Manila dengan kadar antara PHP500 hingga PHP537
                         (USD9.84 hingga USD10.56) sehari mengikut sektor               8,935.3
                         termasuk COLA. Wilayah autonomi Islam Mindanao
                         mempunyai gaji minimum terendah iaitu PHP280
                         (USD5.51) sehari untuk sektor bukan pertanian dan
                         PHP270 (USD5.31) bagi sektor pertanian.


                         Kadar gaji minimum di Indonesia ditetapkan mengikut
                         wilayah. Kadar gaji minimum baharu mula berkuat
                         kuasa pada 1 Januari 2019. Kadar gaji minimum tertinggi
                         ditetapkan bagi Jakarta iaitu IDR3.94 juta (USD280.09)
         Indonesia       sebulan, manakala gaji minimum terendah ialah bagi
                         Jogjakarta iaitu IDR1.57 juta (USD111.61) sebulan. Gaji
                         minimum turut ditetapkan mengikut sektor seperti               13,056.6
                         perlombongan, pembuatan minimuman beralkohol dan
                         otomotif.

                         Pada 1 Januari 2020, gaji minimum bagi Jakarta akan
                         dinaikkan kepada IDR 4.27 juta (USD303.54) dan akan
                         diikuti oleh wilayah-wilayah lain.

       Sumber: Statistics Yearbook United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific(ESCAP),
       www.wageindicator.org, www.tradingeconomics.com,
       Pertukaran wang dikemas kini pada: 1 November 2019 (www.oanda.com)
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63