Page 54 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 4 2019
P. 54

RMK 11           GUNA TENAGA                DASAR







                  Konsep & Definisi


                  Permintaan buruh menunjukkan jumlah buruh yang diperlukan oleh

                  pertubuhan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada
                  satu masa tertentu. Permintaan buruh oleh pertubuhan dikelaskan
                  kepada jawatan diisi dan kekosongan jawatan. Konsep dan definisi
                  statistik permintaan buruh dalam penerbitan ini adalah seperti
                  berikut:


                 Jawatan
                 Jawatan merujuk kepada jumlah buruh yang diperlukan oleh
                 pertubuhan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada
                 satu masa tertentu, merangkumi jawatan diisi dan kekosongan.


                 Jawatan diisi
                 Jawatan diisi merujuk kepada pekerja bergaji (sepenuh masa dan
                 sambilan); tidak termasuk pemilik perseorangan dan rakan niaga,
                 pekerja keluarga tanpa gaji dan pekerja yang bercuti tanpa gaji.



                 Kekosongan
                 Kekosongan merujuk kepada jawatan yang wujud dan tersedia untuk
                 diisi tetapi belum diisi. Majikan secara aktif cuba mendapatkan calon
                 melalui proses mengiklankan kekosongan, mengeluarkan notis dan
                 berdaftar dengan agensi pekerjaan serta menjalankan temuduga
                 untuk memilih calon bagi mengisi kekosongan.



                 Pewujudan Jawatan
                 Pewujudan jawatan merujuk kepada jawatan yang diwujudkan dalam
                 sesebuah organisasi yang mana jawatan tersebut belum pernah
                 tersedia sebelum ini, termasuk skim perkhidmatan yang baru digubal,
                 jawatan yang diwujudkan untuk kenaikan pangkat pekerja sedia ada
                 dan pertambahan bilangan jawatan daripada struktur sedia ada.








              Sumber: Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Ketiga 2019,
                     Jabatan Perangkaan Malaysia
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59