Page 60 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 4 2019
P. 60
DASAR MPGN JTKSM
Pariti Kuasa
Membeli (PPP)
Negara Kadar Gaji Minimum
Per Kapita (USD)
Tahun 2018
Buat masa sekarang, tiada gaji minimum di Singapura
dengan gaji ditentukan oleh pasaran terbuka. Pada masa
ini, pekerja yang bergaji rendah dibantu melalui Workfare
Income Supplement (WIS), Workfare Training Scheme
Singapura (WTS) dan Labor Movement’s Progressive Wage Model
(PWM). Mulai 1 Julai 2019, gaji bagi pekerja pembersihan 101,352.6
dan industri makanan meningkat antara S$1200 hingga
S$1800 (USD881.81 hingga USD1,322.72) mengikut jenis
pekerjaan, manakala sektor penyelenggaraan pula
meningkat antara S$1400 hingga S$1900 (USD1,028.78)
hingga USD1396.20) sebulan.
Mulai 1 April 2018, gaji minimum di Thailand meningkat
antara 5 hingga 22 baht sehari mengikut wilayah. Kadar
gaji minimum tertinggi ialah 330 baht (USD10.92) sehari
bagi wilayah Chon Buri, Phuket dan Rayong. Kadar gaji
Thailand minimum terendah pula adalah 308 baht (USD10.19) 19,017.7
sehari bagi wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala.
Kadar gaji minimum baharu mula berkuat kuasa pada 1
Januari 2019 mengikut wilayah dengan kadar VND2.92
juta (USD125.26) sebulan bagi kawasan terpencil
sehingga VND4.18 juta (USD179.31) sebulan bagi
Vietnam bandar-bandar utama seperti Hanoi, Hai Phong dan Ho
Chi Minh City.
7,434.7
Kadar kenaikan gaji minimum bagi tahun 2020 adalah
diantara VND3.07 juta (USD132.00) hingga VND4.42 juta
(USD 189.18) mengikut wilayah. Kadar gaji minimum ini
akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.
Sumber: Statistics Yearbook United Nations Economic and Social Commission for Asia and the
Pacific(ESCAP), www.wageindicator.org, www.tradingeconomics.com
Pertukaran wang dikemas kini pada: 1 November 2019 (www.oanda.com)

