Page 107 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2/2019
P. 107
NIOSH PKS OKU
Aktiviti PKS didominasi oleh sektor Perkhidmatan yang menyumbang 59.7 peratus
dan Pembuatan dengan sumbangan 21.5 peratus seperti yang ditunjukkan pada Carta
1. Sektor Pertanian menyumbang 11.2 peratus kepada KDNK PKS diikuti oleh sektor
Pembinaan dan Perlombongan & pengkuarian yang masing-masing menyumbang
sebanyak 5.8 peratus dan 0.4 peratus.
Carta 1: Peratus sumbangan KDNK PKS dan KDNK Malaysia bagi 2017 pada
Harga Malar 2010
Dari perspektif sumbangan KDNK PKS mengikut jenis aktiviti ekonomi, semua sektor
mencatatkan sumbangan yang lebih tinggi pada tahun 2017 kecuali sektor Pembinaan.
KDNK PKS diterajui oleh sektor Pertanian dengan sumbangan 50.7 peratus kekal dari
tahun 2016 seperti yang digambarkan oleh Carta 2. Sumbangan ini didorong oleh
subsektor Getah, kelapa sawit, ternakan dan pertanian lain.
Carta 2: Sumbangan KDNK PKS bagi tahun 2015 - 2017 pada Harga Malar 2010
Sumber: Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2017, Jabatan Perangkaan Malaysia

