Page 106 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2/2019
P. 106
NIOSH PKS OKU
PENGENALAN
Sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah
diselaraskan kepada tahun 2010 dan disusun berdasarkan definasi baru PKS
yang digariskan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan.
PRESTASI KDNK PKS 2017
KDNK PKS Malaysia pada tahun 2017 merekodkan pertumbuhan kukuh 7.2
peratus berbanding 5.2 peratus yang dicatatkan pada tahun 2016. Prestasi
ini mengatasi KDNK Malaysia dan Bukan PKS yang masing-masing
mencatatkan 5.9 peratus dan 5.1 peratus seperti yang ditunjukkan oleh
Paparan 1. Sumbangan KDNK PKS kepada KDNK Malaysia meningkat
kepada 37.1 peratus daripada 36.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Nilai ditambah bagi PKS pada harga malar adalah RM435.1 bilion
berbanding RM405.8 bilion pada tahun 2016. Pada nilai nominal, KSNK PKS
merekodkan RM512.8 bilion pada tahun 2017 (2016: RM463.5 bilion).
Sumber: Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2017,
Jabatan Perangkaan Malaysia

