Page 65 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 3 2020
P. 65
MPGN JTK JKKP
(1) PEMERIKSAAN BERKANUN KE ATAS TEMPAT PEKERJAAN
(JAN. – JUN 2020)
(Semenanjung Malaysia sahaja)
BIL. LAWATAN BIL. NOTIS KETIDAKPATUHAN
8,465 1,450
Nota:
Pemeriksaan berkanun ke atas tempat pekerjaan merupakan aktiviti
penguatkuasaan Jabatan yang berobjektif untuk:-
(i) Memastikan pematuhan undang-undang perburuhan melalui
penguatkuasaan, pemantauan dan tindakan pembetulan;
(ii) Membuat pengesanan dan pencegahan awal bagi sebarang pelanggaran
undang-undang perburuhan;
(iii) Memberi khidmat nasihat perburuhan kepada klien jabatan di samping
mempromosikan amalan terbaik perburuhan dan dasar-dasar kerajaan; dan
(iv) Mengumpul maklumat yang diperlukan bagi tujuan perancangan dasar dan
undang-undang dalam bidang perburuhan.
(2) PENGENDALIAN ADUAN PERBURUHAN
(JAN. – JUN 2020)
(Semenanjung Malaysia sahaja)
BIL. ADUAN KENDALI BIL. ADUAN SELESAI
5,195 3,905
Nota:
Pengendalian aduan perburuhan merupakan tindakan penyiasatan oleh pihak
Jabatan terhadap sebarang aduan berkaitan ketidakpatuhan majikan ke atas
peruntukan undang-undang dan amalan perburuhan.
Sumber: Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

