Page 60 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 3 2020
P. 60

DASAR                 MPGN                 JTKSM










                                                                                       Pariti Kuasa
                                                                                     Membeli (PPP)
           Negara                          Kadar Gaji Minimum
                                                                                    Per Kapita (USD)
                                                                                       Tahun 2019

                          Buat masa sekarang, tiada gaji minimum di Singapura
                          dengan gaji ditentukan oleh pasaran terbuka. Pada masa
                          ini, pekerja yang bergaji rendah dibantu melalui Workfare
                          Income Supplement (WIS), Workfare Skills Support
          Singapura       (WSS) scheme dan Labor Movement’s Progressive Wage
                          Model (PWM). Mulai 1 Julai 2020, gaji bagi pekerja
                          pembersihan dan industri makanan meningkat antara             101,375.8
                          S$1,236     hingga    S$1,854     (USD900.65      hingga
                          USD1,350.97) mengikut jenis pekerjaan, manakala sektor
                          penyelenggaraan    pula   meningkat    antara   S$1,442
                          (USD1,050.76) hingga S$1,957 (USD1,426.03)



                          Mulai 1 Januari 2020, gaji minimum di Thailand meningkat
                          antara 5 hingga 6 baht sehari mengikut wilayah. Kadar
                          gaji minimum tertinggi ialah 336 baht (USD10.75) sehari
                          bagi wilayah Chon Buri dan Phuket. Kadar gaji minimum
          Thailand        terendah pula adalah 313 baht (USD10.01) sehari bagi          19,228.3
                          wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala.



                          Kadar gaji minimum baharu mula berkuat kuasa pada 1
                          Januari 2020 mengikut wilayah dengan kadar VND3.07
                          juta  (USD132.00)    sebulan   bagi  kawasan    terpencil
                          sehingga VND4.42 juta (USD190.00) sebulan bagi                 8,374.4
           Vietnam        bandar-bandar utama seperti Hanoi dan Ho Chi Minh City.

















         Sumber: Statistics Yearbook United Nations Economic and Social Commission for Asia and the
                 Pacific(ESCAP), www.wageindicator.org, www.tradingeconomics.com
         Pertukaran wang dikemas kini pada : 1 Ogos 2020 (www.oanda.com)
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65