Page 108 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 3 2020
P. 108
NIOSH PKS OKU
Paparan 1: Perubahan Peratusan Tahunan KDNK PKS mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi
bagi 2017-2019 pada Harga Malar 2015
Nilai ditambah PKS bagi sektor Perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 7.4 peratus
berbanding 8.1 peratus pada tahun 2018 seperti yang ditunjukkan oleh Paparan 1.
Momentum pertumbuhan ini dipacu oleh subsektor Perdagangan borong & runcit,
makanan & minuman dan penginapan yang bertumbuh pada 7.6 peratus (2018: 8.6%).
Sementara itu, subsektor Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan
meningkat kepada 7.7 peratus (2018: 7.5%) dan subsektor Pengangkutan & penyimpanan
dan maklumat & komunikasi bertumbuh pada 6.6 peratus (2018: 6.9%) juga telah
menyokong momentum pertumbuhan tersebut.
Sumber: Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2019,
Jabatan Perangkaan Malaysia

