Page 58 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 3/2019
P. 58

DASAR                 MPGN                  JTKSM










                                                                                      Pariti Kuasa
                                                                                   Membeli (PPP) Per
           Negara                         Kadar Gaji Minimum
                                                                                      Kapita (USD)
                                                                                      Tahun 2018
                          Gaji minimum diseragamkan di seluruh negara iaitu
                          pada kadar RM1,100 sebulan (USD266.06) sebulan
                          berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.                            31,698.4
          Malaysia
                          Tiada gaji minimum di Brunei. Kerajaan menyatakan
                          bahawa satu kajian yang komprehensif bagi melihat
                          operasi semasa sektor swasta perlu dilaksanakan
                          sebelum sebarang perundangan berkaitan gaji minimum           80,777.6
           Brunei         dipertimbangkan. Pekerja sektor awam dalam industri
                          minyak telah dibayar dengan gaji yang setimpal.


                          Gaji minimum ditentukan mengikut wilayah dan
                          sektor (pertanian dan bukan pertanian). Komponen gaji
                          minimum adalah gaji pokok dan elaun sara hidup
                          (COLA). Mulai 22 November 2018, kadar gaji minimum
           Filipina       yang tertinggi adalah di bandar utama negara seperti
                          Manila dengan kadar antara PHP500 hingga PHP537
                          (USD9.75 hingga USD10.47) sehari mengikut sektor               8,935.3
                          termasuk COLA. Wilayah autonomi Islam Mindanao
                          mempunyai gaji minimum terendah iaitu PHP280
                          (USD5.46) sehari untuk sektor bukan pertanian dan
                          PHP270 (USD5.27) bagi sektor pertanian.


                          Kadar gaji minimum di Indonesia ditetapkan mengikut
                          wilayah. Kadar gaji minimum baharu mula berkuat
                          kuasa pada 1 Januari 2019. Kadar gaji minimum tertinggi
                          ditetapkan bagi Jakarta iaitu IDR3.94 juta (USD278.85)
                          sebulan, manakala gaji minimum terendah ialah bagi
          Indonesia       Jogjakarta iaitu IDR1.57 juta (USD111.11) sebulan. Gaji       13,056.6
                          minimum turut ditetapkan mengikut sektor seperti
                          perlombongan, pembuatan minimuman beralkohol dan
                          otomotif.






       Sumber: Statistics Yearbook United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific(ESCAP),
       www.wageindicator.org, www.tradingeconomics.com,
       Pertukaran wang dikemas kini pada: 1 Julai 2019 (www.oanda.com)
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63