Page 54 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 3/2019
P. 54

RMK 11           GUNA TENAGA                DASAR








                 Konsep & Definisi


                 Permintaan buruh merujuk kepada jumlah guna tenaga yang diperlukan
                 dalam sesebuah         ekonomi pada masa tertentu. Di                  peringkat
                 mikroekonomi, permintaan buruh oleh firma merujuk kepada jumlah
                 jawatan     dalam     syarikat;    dan    dengan      maklumat      kekosongan,
                 pengambilan serta pemberhentian, statistik pewujudan jawatan dapat
                 dianggar. Konsep dan definisi statistik permintaan buruh dalam
                 penerbitan ini adalah seperti berikut:


                 Jawatan
                 Jawatan merujuk kepada jumlah buruh yang sedia diterima oleh
                 firma pada sesuatu masa. Jawatan ialah hasil tambah jawatan diisi
                 dan kekosongan.


                 Jawatan diisi
                 Jawatan diisi merujuk kepada pekerja bergaji (sepenuh masa dan
                 sambilan). Jawatan diisi tidak termasuk pemilik perseorangan dan

                 rakan niaga, pekerja keluarga tanpa gaji dan pekerja yang bercuti
                 tanpa gaji.


                 Kekosongan
                 Kekosongan merujuk kepada jawatan yang wujud dan tersedia untuk
                 diisi tetapi belum diisi. Majikan secara aktif cuba mendapatkan calon
                 melalui proses mengiklankan kekosongan, mengeluarkan notis dan
                 berdaftar dengan agensi pekerjaan serta menjalankan temuduga
                 untuk memilih calon bagi mengisi kekosongan.



                 Pewujudan Jawatan
                 Pewujudan jawatan merujuk kepada jawatan yang diwujudkan dalam
                 sesebuah organisasi yang mana jawatan tersebut belum pernah
                 tersedia sebelum ini, termasuk skim perkhidmatan yang baru digubal,
                 jawatan yang diwujudkan untuk kenaikan pangkat pekerja sedia ada
                 dan pertambahan bilangan jawatan daripada struktur sedia ada.




              Sumber: Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Kedua 2019,
                     Jabatan Perangkaan Malaysia
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59