Page 54 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2 2020
P. 54
RMK 11 GUNA TENAGA DASAR
Kekosongan
Kekosongan merujuk kepada jawatan yang belum diisi pada akhir setiap suku
tahun.
Sesuatu jawatan dianggap kosong jika memenuhi kriteria berikut:
• Sesuatu jawatan wujud dan tersedia untuk diisi. Jawatan tersebut termasuk
sepenuh masa/separuh masa, tetap, sementara atau bermusim;
• Kerja tersebut boleh bermula dalam tempoh masa 30 hari sekiranya calon
yang sesuai diperoleh dalam tempoh tersebut; dan
• Majikan secara aktif cuba mendapatkan calon termasuk mengiklankan
kekosongan jawatan, mengeluarkan notis, memaklumkan kepada agensi
pekerjaan awam,
swasta atau kesatuan sekerja serta telah/akan menghubungi, menemuduga
atau memilih calon yang telah membuat permohonan.
Tidak termasuk:
• Kekosongan yang hanya boleh diisi oleh pekerja sedia ada kerana
pertukaran dalaman, kenaikan atau penurunan pangkat, atau panggilan
semula selepas diberhentikan;
• Jawatan yang dijangka akan diisi dalam tempoh lebih daripada 30 hari;
• Jawatan yang telah diisi, tetapi pekerja tersebut belum melapor diri; dan
• Jawatan yang akan diisi oleh pekerja yang dibekalkan oleh agensi lain
seperti subkontraktor dan perunding.
Pewujudan Jawatan
Pewujudan jawatan merujuk kepada jawatan yang diwujudkan dalam
sesebuah organisasi yang mana jawatan tersebut belum pernah tersedia
sebelum ini, termasuk skim perkhidmatan yang baru digubal, jawatan yang
diwujudkan untuk kenaikan pangkat pekerja sedia ada dan pertambahan
bilangan jawatan daripada struktur sedia ada.
Sumber: Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Pertama 2020,
Jabatan Perangkaan Malaysia

