Page 58 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 4 2020
P. 58

DASAR                 MPGN                  JTKSM









                                                                                       Pariti Kuasa
                                                                                   Membeli (PPP) Per
            Negara                         Kadar Gaji Minimum
                                                                                      Kapita (USD)
                                                                                       Tahun 2019

                          Kadar Gaji minimum di Malaysia ditetapkan pada dua
                          kadar yang berbeza iaitu RM1,200 (USD288.45) sebulan
                          melibatkan    56    Majlis   Bandaraya    atau    Majlis
                          Perbandaran manakala bagi kawasan selainnya masih             29,525.6
                          kekal RM1,100 (USD264.41) sebulan. Kadar ini berkuat
           Malaysia
                          kuasa pada 1 Februari 2020.
                          Tiada gaji minimum di Brunei. Kerajaan menyatakan
                          bahawa satu kajian yang komprehensif bagi melihat
                          operasi semasa sektor swasta perlu dilaksanakan
                          sebelum sebarang perundangan berkaitan gaji minimum
            Brunei        dipertimbangkan. Pekerja sektor awam dalam industri           64,673.3
                          minyak telah dibayar dengan gaji yang setimpal.



                          Gaji minimum ditentukan mengikut wilayah dan
                          sektor (pertanian dan bukan pertanian). Komponen gaji
                          minimum adalah gaji pokok dan elaun sara hidup
                          (COLA). Mulai 22 November 2018, kadar gaji minimum
            Filipina      yang tertinggi adalah di bandar utama negara seperti
                          Manila dengan kadar antara PHP500 hingga PHP537                9,277.4
                          (USD10.31 hingga USD11.07) sehari mengikut sektor
                          termasuk COLA. Wilayah autonomi Islam Mindanao
                          mempunyai gaji minimum terendah iaitu PHP325
                          (USD6.70) sehari untuk sektor bukan pertanian dan
                          PHP290 (USD5.97) bagi sektor pertanian.

                          Kadar gaji minimum di Indonesia ditetapkan mengikut
                          wilayah. Kadar gaji minimum baharu mula berkuat
                          kuasa pada 1 Januari 2020. Kadar gaji minimum
                          tertinggi ditetapkan bagi Jakarta iaitu IDR4.27 juta
          Indonesia       (USD286.13) sebulan, manakala gaji minimum terendah
                          ialah bagi Jogjakarta iaitu IDR1.70 juta (USD113.92)          12,301.8
                          sebulan. Gaji minimum turut ditetapkan mengikut sektor
                          seperti perlombongan, pembuatan minuman beralkohol
                          dan otomotif.




       Sumber: Statistics Yearbook United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific(ESCAP),
       www.wageindicator.org, www.tradingeconomics.com,
       Pertukaran wang dikemas kini pada: 1 Oktober 2020 (www.oanda.com)
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63