Page 53 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 3 2020
P. 53
RMK 11 GUNA TENAGA DASAR
Konsep & Definisi
Permintaan buruh menunjukkan jumlah buruh yang diperlukan oleh pertubuhan
untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada satu masa tertentu.
Permintaan buruh oleh pertubuhan dikelaskan kepada jawatan diisi dan
kekosongan jawatan. Konsep dan definisi statistik permintaan buruh dalam
penerbitan ini adalah seperti berikut:
Jawatan
Jawatan merujuk kepada jumlah buruh yang diperlukan oleh pertubuhan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada satu masa tertentu, merangkumi
jawatan diisi dan kekosongan.
Jawatan diisi
Jawatan diisi merujuk kepada individu yang bekerja pada akhir setiap suku tahun.
Termasuk:
• Pekerja sepenuh masa dan separuh masa;
• Pekerja tetap, sementara atau bermusim;
• Pekerja bergaji bulanan dan pekerja yang dibayar gaji berdasarkan jam bekerja;
• Pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperti cuti sakit atau cuti rehat;
dan
• Pekerja yang baru diambil bagi mengisi kekosongan pada suku tahun
berkenaan.
Pekerja sepenuh masa:
Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk
sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan/atau 20 hari sebulan.
Pekerja sambilan:
Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang
daripada 6 jam sehari dan/atau kurang daripada 20 hari sebulan.
Tidak termasuk:
• Pemilik perseorangan dan rakan niaga;
• Pekerja keluarga tanpa gaji;
• Pekerja yang terlibat dalam mogok sepanjang suku tahun berkenaan;
• Pekerja yang bercuti tanpa gaji sepanjang suku tahun berkenaan; dan
• Pekerja yang dibekalkan oleh agensi lain seperti subkontraktor dan perunding.
Sumber: Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Kedua 2020,
Jabatan Perangkaan Malaysia

