Page 60 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2 2020
P. 60

DASAR                 MPGN                  JTKSM










                                                                                       Pariti Kuasa
                                                                                     Membeli (PPP)
           Negara                          Kadar Gaji Minimum
                                                                                    Per Kapita (USD)
                                                                                       Tahun 2018

                          Buat masa sekarang, tiada gaji minimum di Singapura
                          dengan gaji ditentukan oleh pasaran terbuka. Pada masa
                          ini, pekerja yang bergaji rendah dibantu melalui Workfare
                          Income Supplement (WIS), Workfare Training Scheme
          Singapura       (WTS) dan Labor Movement’s Progressive Wage Model
                          (PWM). Mulai 1 Julai 2019, gaji bagi pekerja pembersihan
                          dan industri makanan meningkat antara S$1,200 hingga          101,531.6
                          S$1,800 (USD850.63 hingga USD1,275.93) mengikut
                          jenis pekerjaan, manakala sektor penyelenggaraan pula
                          meningkat antara S$1400 (USD992.41) hingga S$1900
                          (USD1,346.84)


                          Mulai 1 Januari 2020, gaji minimum di Thailand meningkat
                          antara 5 hingga 6 baht sehari mengikut wilayah. Kadar
                          gaji minimum tertinggi ialah 336 baht (USD10.35) sehari
                          bagi wilayah Chon Buri dan Phuket. Kadar gaji minimum
          Thailand        terendah pula adalah 313 baht (USD9.65) sehari bagi           19,051.3
                          wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala.



                          Kadar gaji minimum baharu mula berkuat kuasa pada 1
                          Januari 2020 mengikut wilayah dengan kadar VND3.10
                          juta  (USD132.00)    sebulan   bagi  kawasan    terpencil
                          sehingga VND4.46 juta (USD190.00) sebulan bagi                 7,447.8
           Vietnam        bandar-bandar utama seperti Hanoi dan Ho Chi Minh City.


















         Sumber: Statistics Yearbook United Nations Economic and Social Commission for Asia and the
                 Pacific(ESCAP), www.wageindicator.org, www.tradingeconomics.com
         Pertukaran wang dikemas kini pada : 1 Mei 2020 (www.oanda.com)
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65