Page 107 - Statistik Pekerjaan & Perburuhan Bil 2 2020
P. 107
NIOSH PKS OKU
PRESTASI KDNK PKS 2018
KDNK PKS Malaysia bagi tahun 2018 bertumbuh pada 6.2 peratus
berbanding 7.1 peratus pada tahun 2017. Prestasi ini mengatasi KDNK
Malaysia dan Bukan PKS yang masing-masing mencatatkan pertumbuhan
4.7 peratus dan 3.8 peratus seperti yang ditunjukkan oleh Carta 1.
Sumbangan KDNK PKS kepada KDNK Malaysia meningkat kepada 38.3
peratus daripada 37.8 peratus pada tahun sebelumnya.
Nilai ditambah bagi PKS pada harga malar 2015 adalah RM521.7 bilion
berbanding RM491.2 bilion pada tahun 2017. Daripada segi nominal, KDNK
PKS merekodkan RM551.7 bilion pada tahun 2018 (2017: RM519.1 bilion).
Sumber: Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2018,
Jabatan Perangkaan Malaysia

