AKRAB KESUMA

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia

PENGENALAN

AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membangunkan potensi yang ada pada diri masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan perhubungan bersifat humanistik.

AKRAB membawa maksud amanah, komitmen, rasional, akhlak, bestari, yang merupakan ciri-ciri penting perlu ada pada seorang rakan pembimbing.

RASIONAL PENUBUHAN AKRAB KSM

Dalam sesebuah organisasi, terdapat pelbagai kelompok dan peringkat pekerja yang mempunyai budaya organisasi yang tersendiri serta saling bergantung antara satu sama lain. Budaya pekerja dan kualiti kerja sama ada positif atau negatif mudah menular di kalangan rakan sekerja. Lantaran itu, rakan sekerja menjadi faktor terpenting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pegawai dan seterusnya budaya dalam sesebuah organisasi.

AKRAB KSM mula ditubuhkan pada tahun 2006. Sehingga kini, jumlah pegawai AKRAB KSM adalah seramai 109 orang.

JAWATANKUASA AKRAB KSM

Pelantikan ahli jawatankuasa AKRAB KSM yang terkini untuk sesi 2014 hingga 2016 telah diadakan pada tahun 2014. KLIK SINI untuk senarai ahli tersebut.

PELANTIKAN AKRAB

Lantikan Pegawai AKRAB akan dibuka mengikut keperluan melalui memo atau emel yang diedarkan kepada setiap bahagian, Jabatan dan Agensi samada lantikan secara sukarela atau pencalonan oleh Ketua Jabatan. Hubungi Pegawai Psikologi untuk pertanyaan lanjut.

SENARAI AKRAB

KLIK SINI untuk senarai ahli AKRAB KSM.