Keselamatan Sosial

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)

Akta yang mengandungi peruntukan mengenai perlindungan keselamatan sosial dalam kontingensi yang tertentu. Akta ini memperuntukkan mengenai beberapa perkara lain yang berkaitan dengannya seperti insurans sosial termasuk faedah perubatan dan wang, bekalan peralatan prostetik dan pemulihan bagi pekerja untuk mengurangkan penderitaan dan memberi jaminan dan perlindungan kewangan kepada keluarga pekerja.

Akta Pampasan Pekerja 1952 (Akta 273)

Akta yang memperuntukkan pembayaran pampasan kepada pekerja bagi kecederaan yang dialami semasa dalam penggajian.

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Akta yang menetapkan umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja mencapai umur 60 tahun dan majikan tidak boleh membersarakan secara pramasa seseorang pekerja sebelum pekerja mencapai umur persaraan minimum tersebut.

Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732)

Akta untuk menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Negara yang bertanggungjawab menjalankan kajian tentang semua perkara berkenaan gaji minimum dan membuat syor kepada Kerajaan supaya membuat perintah gaji minimum. Akta ini juga mengandungi perkara-perkara mengani siasatan dan penguatkuasaan berdasarkan perintah gaji minimum.