Dewan Rakyat

TARIKH
PERSIDANGAN
SOALAN
JAWAPAN
9 MAC 2016

Dato’ Abd Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah “ blue print ” Kerajaan dalam isu kemasukan Pekerja asing ke dalam negara. Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk melibatkan pelajar - pelajar sekolah menengah dan ke atas sebagai pekerja separuh masa bagi mengisi ruang pekerjaan yang diperlukan selain daripada mengharap kepada pekerja asing semata - mata sepertimana dilakukan oleh negara - negara maju.

21 MAC 2016

Dato’ Abd Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah pekerja separa mahir dalam negara ketika ini mengikut sektor dana apakah perancangan Kementerian dalam menghasilkan lebih ramai pekerja mahir dalam menuju Wawasan 2020.

28 MAC 2016

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang diambil terhadap pekerja yang diberhentikan akibat kegawatan ekonomi.

1 APRIL  2016

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pemberhentian kerja dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 1 Februari 2016.

29 MAC 2016

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pekerja tempatan diberikan hak apabila pekerja diberhentikan manakala pekerja asing didahulukan.

7 APRIL 2016

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah syarikat yang masih tidak mengikut arahan gaji minima sehingga 1 Februari 2016.

22 MAC  2016

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pekerja-pekerja tidak ditindas dalam perjanjian TPPA.

15 MAC 2016
Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah segera terhadap pindaan Akta 1955 dalam proses Perjanjian TPPA.
14 MAC  2016

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah – langkah segera diambil terhadap pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

31 MAC 2016

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah Kementerian mengenal pasti sektor pekerjaan terhadap 1.5 juta pekerja Bangladesh yang diluluskan oleh Kerajaan dalam negara ini.

-

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan terhadap proses pengiktirafan dan penubuhan kesatuan sekerja.

-

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan proses mengenai 20 akta Perhubungan Perusahaan 1967 dapat dipercepatkan.

-

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan segera untuk membuat pindaaan Akta Kesatuan bagi memastikan hak berkesatuan berjalan lancar walaupun adanya TPPA.

-

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah sistem tripartite berjalan seperti biasa dan tidak terjejas  dengan adanya TPPA.

-

Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid  [ Kuala Langat  ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan terhadap syarikat-syarikat yang tidak mematuhi konvensyen ILO 87 dilaksanakan.

4 APRIL 2016

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah wang yang dihantar ke luar negeri ( remittances ) oleh pekerja asing pada tahun 2013, 2014, 2015, berapa peratus dari jumlah pampasan pekerja ( compensation of employees ) dan apakah usaha untuk mengurangkan pengaliran keluar tersebut.

30  MAC  2016

Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari  [ Setiawangsa ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk melalui G2G ke dalam negara, apakah pecahan sektor-sektor yang akan menggunakan khidmat pekerja Bangladesh.

23  MAC 2016

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN MAYARAKAT menyatakan persediaan menghadapi status negara tua menjelang 2030 terutamanya dari keperluan tenaga kerja, isu kekurangan wang tabungan, infrastruktur dan pusat jagaan untuk warga tua.

17 MAC 2016

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah yang telah difikirkan oleh pihak Kerajaan mengenai pembuangan pekerja sektor industri minyak dan gas yang kehilangan pekerja terutama di Bandar Miri dan adakah Kerajaan mempunyai anggaran tempoh masa industri minyak ini akan pulih. Apakah usaha Kerajaan untuk membantu mereka.

21 MAC 2016

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annaur bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan Kementerian bagi menggalakkan penyertaan pekerja tempatan dan sektor yang dimonopoli oleh tenaga buruh asing seperti sektor pembinaan dan perkhidmatan keselamatan agar kebergantungan buruh asing mampu dikurangkan menjelang 2020 kelak.

31 MAC 2016

Tuan Anaur bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah sistem akreditasi tunggal bagi Technical and Vocational Education Tertiary ( TVET ) akan mula dilaksanakan bagi memastikan penyelarasan dan pelaksanaan TVET akan mula dilaksanakan bagi memastikan penyelarasan dan pelaksanaan.

30 MAC 2016

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah Kementerian bersama Kementerian lain akan mengeluarkan Sijil Kelayakan Kerja ( Certificate of Compentency ) kepada lulusan Vokasional ( MLVK ) dan Kolej Vokasional sebagaimana sijil yang diberi kepada pendawaian eletrik dan dendang ( boiler ) bagi membolehkan mereka memasuki bidang pekerjaan  dengan penuh yakin dan dapat bertanding dengan pekerja asing.

30 MAC 2016

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah Kementerian bersama Kementerian lain akan mengeluarkan Sijil Kelayakan Kerja ( Certificate of Compentency ) kepada lulusan Vokasional ( MLVK ) dan Kolej Vokasional sebagaimana sijil yang diberi kepada pendawaian eletrik dan dendang ( boiler ) bagi membolehkan mereka memasuki bidang pekerjaan  dengan penuh yakin dan dapat bertanding dengan pekerja asing.