Dewan Negara

TARIKH
PERSIDANGAN
SOALAN
JAWAPAN
9 DIS 2014

Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan jangka panjang kerajaan untuk mengawal dan memantau supaya pekerja asing tidak terus mencetus permasalahan  dan mengancam keselamatan negara.

4 DIS 2014
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah - Sila menyatakan keberkesanan Program Saringan Kesihatan Perkeso dengan butiran seperti bilangan baucar yang ditebus, sebab-sebab untuk kadar penebusan yang rendah dan hasil saringan-saringan yang dilakukan.
1 DIS 2014
Dato Dr. Johari bin Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah penubuhan Perbadanan Sumber Manusia Berhad dapat menyumbang ke arah melahirkan pekerja yang kompeten, terlatih dan berpengetahuan melalui levi yang yang dicarumkan.
1 DIS  2014
Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah kadar kemalangan di tempat kerja di Malaysia bagi setiap 1,000 pekerja dan sejauh manakah matlamat OSH-MP 15 untuk mencapai penurunan kadar kemalangan dan penyakit pekerjaan sebanyak  menjelang 2015 dapat dicapai.
PAPAR
9 DIS 2014

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah langkah keselamatan pekerjaan dilaksanakan di Negara ini dan berapakah peruntukkan yang disediakan untuk tahun 2015 bagi tujuan tersebut.

PAPAR
10 DIS 2014

Datuk Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah graduan yang menganggur sejak tahun 2010 hingga kini dan adakah Kementerian bercadang untuk menawarkan kursus-kursus yang kritikal dan diperlukan oleh pasaran kerja sahaja.

PAPAR
17 DIS 2014
Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian akan menetapkan peraturan supaya majikan swasta memperuntukan elaun COLA untuk pekerja mereka seperti mana yang dinikmati oleh penjawat awam.
PAPAR
2 DIS 2014
Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah persiapan Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan tenaga pekerja yang diperlukan mengikut sektor untuk mencapai sasaran Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan apakah prestasi terkini bagi persiapan  yang sedang dibuat.
PAPAR
9 DIS 2014

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah bilangan siswa & siswazah yang menganggur. Nyatakan statistik penganggur mengikut kaum, umur dan mengikut bidang pengajian.

PAPAR
1 DIS 2014

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah program-program disediakan untuk menyokong surirumahtangga yang berhasrat kembali bekerja semula.

PAPAR
16  DIS 2014

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah peruntukan dalam bajet 2015 yang dikhaskan untuk “Tun Razak Estate Workers Housing Scheme” yang diperkenalkan pada tahun 1976 dan rumah yang akan dibina dalam tahun 2015 untuk membantu pekerja-pekerja ladang (estate)

PAPAR
1 DIS 2014
To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah Kerajaan  bagi mengatasi masalah kesukaran  untuk mendapatkan pembantu rumah warga asing khususnya warga Indonesia dan menyebabkan kos pengambilan pekerja pembantu rumah Indonesia meningkat sehingga RM7,000 seorang.
PAPAR
9 DIS  2014

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah bilangan kes-kes yang masih belum  diselesaikan di Mahkamah-Mahkamah Perusahaan setakat 31 Oktober 2014, masa purata dari tarikh rujukan sehingga keputusan dan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengurangkan lantukan ini.

PAPAR
16  DIS 2014

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan insiden-insiden keruntuhan lif di tempat awam dari tahun 2010 hingga Oktober 2014 dengan butiran seperti lokasi kejadian, bilangan orang yang cedera, tahap kecederaan dan tindakan yang sedang diambil untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berlaku.

PAPAR
11 DIS 2014

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan menyenaraikan negara-negara dari mana pembantu rumah asing (foreign domestic maids) boleh diperolehi sekarang dengan kuota yang ditetapkan  (sekiranya ada) dan juga menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil  untuk memastikan terdapatnya pembantu rumah dengan kadar yang munasabah dari negara-negara yang lain memandangkan kebuntuan dengan Indonesia masih berterusan.

PAPAR
1 DIS 2014
Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah kementerian bercadang untuk membantu para pekerja dalam hal pengaduan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berkaitan segala aduan  dibawah  Seksyen 69, Akta Kerja 1955 yang melibatkan hak dan kepentingan pekerja dengan menyediakan bantuan guaman. 
PAPAR
16  DIS  2014

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah benar bahawa Akta Kesatuan Sekerja 1959 akan dipinda untuk menyesuaikannnya dengan kehendak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik.

PAPAR
15  DIS 2014

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan susulan untuk melaksanakan Piawaian Sumber Manusia Nasional (National Human Resource Standard) seperti yang dirangka oleh Perbadanan Sumber Manusia Berhad.

PAPAR
1 DIS 2014

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah majikan yang telah dihadapkan  ke mahkamah  kerana gagal mematuhi undang-undang yang berkaitan  dengan gaji minimum sehingga bulan Oktober 2014.

PAPAR
1 DIS 2014

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dengan terperinci  berhubung dengan Sistem Insurans Pekerjaan (Employment Insurance System) seperti yang dinyatakan dalam teks ucapan  Menteri Kewangan semasa membentang Belanjawan pada bulan Oktober 2014.

PAPAR
16 DIS 2014

YB Senator Datuk Raja Ropiah Bt. Raja Abdullah meminta supaya Kerajaan mengadakan skills training atau latihan kemahiran untuk meningkatkan kemahira orang-orang muda dan profesion mereka.

PAPAR
16 DIS 2014
YB Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud telah membangkitkan isu mengenai pampasan pekerja yang mana award oleh Mahkamah Perusahaan (MP) di bawah Seksyen 30 Jadual 2, apabila seseorang pekerja yang memfailkan kes di MP, had pampasan hanyalah 24 bulan. Beberapa pandangan dikemukakan bahawa sebenarnya dari masa seseorang dipecat sehingga selesai kes lebih daripada 24 bulan. Hal ini dikaji semula kerana ia tidak perlu dibahas di peringkat Dewan Negara, peraturan-peraturan ini hanya di bawah kuasa Menteri yang membuat Jadual tersebut. Banyak dikalangan pekerja yang mengalami kerugian akibat kes lambat dirujuk ke MP dan lambat diselesaikan.
PAPAR
16 DIS 2014

YB Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud telah meminta menyatakan dalam tahun ini berapa kali Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) bermesyuarat, dan siapa-siapakah pihak yang berkepentingan atau stakeholders?

PAPAR