Pembangunan Kemahiran

Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612)

Akta yang memperuntukkan pengenaan dan pemungutan levi Pembangunan Sumber Manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih dan penubuhan serta pentadbiran Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia.

Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652)

Akta untuk menggalakkan, melalui latihan kemahiran, pembangunan dan penambahbaikan keupayaan seseorang, yang diperlukan untuk kerjaya; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.

Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640)

Akta berhubung penubuhan Tabung Pembangunan Kemahiran, memperbadankan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengannya.